Home Pasaran Ringgit Dibuka Tinggi Untuk Hari Kelima Berturut-turut
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Untuk Hari Kelima Berturut-turut

Ringgit Dibuka Tinggi Untuk Hari Kelima Berturut-turut

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Livevartha) — Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut berikutan ketidaktentuan mengenai dasar tarif Amerika Syarikat (AS) yang mendorong peniaga dan pelabur mengelakaset yang lebih berisiko, kata penganalisis.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan terus meningkat kepada 4.4185/4315 berbanding dolar AS daripada 4.4230/4270 semalam.

Pada Khamis, PresidenDonald Trump menandatangani tindakan eksekutif menangguhkan tarif selama hampir sebulan ke atas kebanyakan produk dari Mexico dan Kanada yang berada di bawah perjanjian perdagangan bebas Perjanjian AS-Mexico-Kanada (USMCA).

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkatalangkah itu meredakan ketegangan perdagangan dalam masa terdekat, sekali gus meningkatkan sentimen pelabur terhadap mata wang pasaran sedang pesat membangun, termasuk ringgit.

“Selain itu, defisit perdagangan AS meningkat kepada paras tertinggi pada Januari berikutan perniagaan meningkatkan import lebih awal sebagai persediaan menghadapi kenaikan tarif, yang boleh menjejaskan lagi ketidakseimbangan luaran,”katanya kepada Livevartha.

Beliau berkata retorik baharu Trump yang melabel Kanada dan India sebagai ‘negara bertarif tinggi’ menunjukkan ketidaktentuan dasar perdagangan yang berterusan, yang boleh menyebabkan turun naik dalam pasaran global.

“Dari aspekstrategik, kelegaan sementara dalam ketegangan perdagangan menyokong prospek yang lebih positif untuk ringgit dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) dilihat berhati-hati mengenai ekonomi global tetapi cenderung untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dalam masa terdekat.

Related Articles

Ringgit Dibuka Tinggi Untuk Hari Kelima Berturut-turut
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) —...

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April (Livevartha) –Pasaran getah...