Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Livevartha) –Ringgit diniagakan tinggi berbanding dolar AS pada sesi pembukaan hari ini dalam perbincangan pasaran yang meningkat mengenai impak daripada tarif Amerika Syarikat (AS) terhadap ekonomi global, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
Pada 8 pagi, ringgit berada pada 4.4275/4335 berbanding dolar AS, naik daripada 4.4280/4315 dicatatkan semalam.
“Pasangan dolar AS-ringgit dijangka berada pada RM4.42-RM4.44 berikutan peniaga dan pelabur bimbang mengenai impak daripada tarif AS terhadap ekonomi global,” katanya kepada Livevartha.
Beliau berkata tarif yang dikenakan oleh Presiden AS Donald Trumpkembali menjadi tumpuan berikutan langkah terkininya untuk mengenakan tarif sebanyak 25 peratus ke atas import automotif ke AS.
“Langkah sedemikian dijangka menyebabkan kenaikan harga kenderaan yang dijual di AS sebanyak ribuan dolar AS.Mexico, Jepun, Korea Selatan, Kanada dan Jerman merupakan sumber import utama bagi sektor automotif AS,” katanya.
Dalam kemas kini berita terkini pagi ini,Trump berkatabeliau bersedia untuk menurunkan tarif bagi mencapai perjanjian dengan syarikat induk TikTok dari China, ByteDance, untuk menjual aplikasi video pendek yang digunakan oleh 170 juta rakyat AS.
ByteDance mempunyai tarikh akhir pada 5 April untuk mencari pembeli bukan dari China bagi TikTok atauberdepan larangan AS atas alasan keselamatan negara.
Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.