Home Pasaran Ringgit Dibuka Tinggi, Daya Tarikan Meningkat Dalam Kalangan Mata Wang Negara Pesat Membangun
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi, Daya Tarikan Meningkat Dalam Kalangan Mata Wang Negara Pesat Membangun

Ringgit Dibuka Tinggi, Daya Tarikan Meningkat Dalam Kalangan Mata Wang Negara Pesat Membangun

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Livevartha) — Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, apabila pelabur mendapati kestabilan politik dan dasar Malaysia adalah memberangsangkan dalam kalangan pasaran sedang pesat membangun.

Hal itu sekali gus meningkatkan daya tarikan mata wang tempatan dalam keadaan sentimen global yang tidak menentu.

Pada 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4340/4410 berbanding dolar AS daripada 4.4355/4390 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun berdepan cabaran global, ringgit kekal berdaya tahan, meningkat 0.85 peratus setakat ini bagi tahun ini selain disenaraikan sebagai mata wang keempat berprestasi terbaik di Asia.

Menurut data Bloomberg, ringgit Malaysia adalah keempat terbaik dalam kalangan mata wang negara sedang pesat membangun, menyusuli yen Jepun, dolar Singapura dan renminbi China luar pesisir.

Sebaliknya, mata wang negara rakan setarautama Indonesia dan Turki menghadapi penjualan ketara minggu lepas, menjejaskan sentimen merentas kelas aset.

Rupiah Indonesia mengalami tekanan, susut 2.97 peratus setakat ini bagi tahun ini, mendorong Bank Indonesia melakukan operasi ke atas pasaran mata wang untuk membendung penyusutan itu.

“Rupiah susut kepada paras terendah, yang pernah berlaku ketika Krisis Kewangan Asia 1997-1998, menjadikannya mata wang berprestasi paling teruk di rantau ini dan meningkatkan kebimbangan pasaran.

Related Articles

Pasaran Getah Dijangka Rendah Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Rendah Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 29 Mac(Livevartha) — Pasaran getah...

Niaga Hadapan FBM KLCI Diniagakan Mendatar Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 29 Mac (Livevartha) –Kontrak niaga...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Dalam Dagangan Terhad Minggu Depan Berikutan Cuti Hari Raya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Dalam Dagangan Terhad Minggu Depan Berikutan Cuti Hari Raya

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 29 Mac (Livevartha) — Kontrak...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dalam Mod Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dalam Mod Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 29 Mac(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...