Home Pasaran Ringgit Dibuka Tinggi Berikutan Ketidaktentuan Dasar AS Jejaskan Dolar
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berikutan Ketidaktentuan Dasar AS Jejaskan Dolar

Ringgit Dibuka Tinggi Berikutan Ketidaktentuan Dasar AS Jejaskan Dolar

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Livevartha) — Ringgit terus meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dibuka pada Jumaat, susulan peralihan dasar ekonomi AS yang cepat di bawah pentadbiran Donald Trump mewujudkan ketidaktentuan dalam komuniti perniagaan, yang berpotensi melemahkan permintaan.

Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4200/4400 berbanding dolar AS daripada 4.4300/4340 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.2 peratus kepada 104.335 mata walaupun keadaan ekonomi di AS memberangsangkan.

“Ketidaktentuan dasar yang meningkat telah mengurangkan kebolehlihatan pihak berkuasa monetari AS untuk bertindak balas,” katanya kepada Livevartha.

Belia berkata tindakan mengekalkan pendirian dasar monetari yang sederhana ketat masih merupakan langkah paling selamat untuk membendung risiko inflasi.

Mohd Afzanizam berkata pengumuman Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengenai mekanisme untuk rasionalisasi subsidi bahan api RON95 menggunakan MyKad pada separuh kedua tahun ini memberi petanda baik kepada ringgit.

“Ini sewajarnya positif untuk ringgit dalam jangka masa sederhana dan panjang kerana menunjukkan komitmen kerajaan terhadap pembaharuan fiskal.

“Ringgit dijangka berlegar sekitar RM4.42 hingga RM4.43 hari ini, dengan indikator teknikal menunjukkan zon neutral bagi pasangan dolarAS-ringgit,” katanya.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...