Home Pasaran Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Terus Catat Kenaikan Selama 10 Hari
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Terus Catat Kenaikan Selama 10 Hari

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Terus Catat Kenaikan Selama 10 Hari

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Livevartha) — Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, meneruskan kenaikan selama 10 hari berikutan pelabur menjangkakan kemungkinan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) pada September.

Pada 8 pagi, ringgit naik 30 mata asas kepada 4.5645/5725 berbanding dolar AS daripada 4.5675/5710 pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata indeks Institut Pengurusan Bekalan (ISM) Amerika Syarikat (AS) bagi sektor pembuatan merosotkepada 46.8 mata pada Julai, lebih rendah daripada anggaran konsensus sebanyak 48.8 mata.

Beliau berkata responden kepada kaji selidik ISM menunjukkan permintaan pengguna semakin perlahan dan sesetengah perniagaan memberikan tumpuan kepada mengurangkan inventori mereka.

“Tuntutan untuk insurans pengangguran di AS turut meningkat kepada 249,000 pada minggu lepas daripada 235,000 sebelum ini, menunjukkan pasaran buruh lemah.

“Ini (petunjuk) dilihat menyokong pandangan bahawa Fed akan menurunkan kadar faedah pada September berikutan ia perlu memastikan ekonomi dapat mencapai pertumbuhan selepas mengekalkan pendirian dasar monetari yang ketat untuk suatu tempoh,”katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam berkata ringgit dilihat positif berbanding dolar AS berikutan perbezaan kadar faedah dijangka akan berkurangan antara Kadar Dana Persekutuan dan Kadar Dasar Semalaman.

“Selepas mencatatkan kenaikan mendadak berbanding dolar AS, kami masih berpendapat ringgit berada di bawah nilai sebenar, justeru, potensi kepada peningkatan masih amat ketara.

Related Articles

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Minyak Mentah Lemah, Ringgit Mengukuh
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Minyak Mentah Lemah, Ringgit Mengukuh

Kredit: MPOC Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha)...

Emas Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kebimbangan Kestabilan Politik, Ekonomi Global
Pasaran

Emas Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kebimbangan Kestabilan Politik, Ekonomi Global

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...