Home Pasaran Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Apabila FED Tidak Tergesa-gesa Turunkan Kadar Faedah
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Apabila FED Tidak Tergesa-gesa Turunkan Kadar Faedah

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Apabila FED Tidak Tergesa-gesa Turunkan Kadar Faedah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif, Karina Imran & Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Livevartha) — Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu susulan pendirian Rizab Persekutuan AS (Fed) yang menunjukkan pihaknya tidak tergesa-gesa untuk mengurangkan kadar faedah, kata penganalisis.

Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4660/4730 berbanding dolar AS, daripada 4.4680/4730 ketika ditutup pada Isnin.

Pasaran ditutup pada Selasa sempena cuti umum perayaan Thaipusam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar (DXY) turun 0.37 peratus kepada 107.922 mata apabila Pengerusi Fed Jerome Powell mengulangi pendirian Fed untuk tidak tergesa-gesa dalam membuat keputusan mengenai pengurangan kadar dasar.

“Nampaknya hala tuju keseluruhan bertujuan mengurangkan Kadar Dana Fed. Persoalannya adalah mengenai masa dan penentuan tahap akomodasi dasar itu.

“Oleh itu, ini akan menyokong ringgit sehingga tahap tertentu,” katanya kepada Livevartha.

Bagaimanapun, Mohd Afzanizam berkata kenyataan Presiden AS Donald Trump mengenai tarif akan terus mempengaruhi sentimen pasaran memandangkan ciri pengumuman sedemikian yang cenderung mengejutkan pasaran.

Beliau berkata ketidakpastian dasar mengenai tarif akan menyebabkan pasaran mata wang, termasuk ringgit, bergerak berada dalam julat kecil.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...