Home Pasaran Ringgit Dibuka Teruskan Momentum Mengukuh, Dolar AS Kekal Lemah
Pasaran

Ringgit Dibuka Teruskan Momentum Mengukuh, Dolar AS Kekal Lemah

Ringgit Dibuka Teruskan Momentum Mengukuh, Dolar AS Kekal Lemah

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Ringgit meneruskan aliran peningkatannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal hari ini, didorong oleh prestasi mata wang negara maju itu yang kekal lemah pada masa ini.

Pada 8.01 pagi, mata wang tempatan mengukuh kepada 4.1955/2160 berbanding dolar AS daripada 4.2060/2130, semalam.

Indeks Dolar AS (DXY) juga terus merosot kepada 96.875 ketika pelabur menantikan data ekonomi pentingdengan tempoh penangguhan tarif sebelah pihak dikenakan AS, kian tamat.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia BhdDr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata hasil pulangan bon Perbendaharaan AS bagi tempoh dua dan 10 tahun masing-masing juga turun sebanyak satu dan lima mata asas, sekali gus menunjukkan kemungkinan Rizab Persekutuan AS (Fed) melonggarkan dasar monetari pada separuh kedua tahun ini.

“Selain itu, PresidenDonald Trumpterus bersuara di media sosial bahawa kadar faedah seharusnya diturunkan. Ini mengukuhkan lagi pandangan bahawa pengerusi Fed yang seterusnya perlumengambil pendekatan yang lebih cenderung menurunkan kadar faedah itu,” katanya kepada Livevartha.

Dalam pada itu, harga minyak mentah Brent turun0.24 peratus kepada US$67.61 setong.

Pasaran sebaliknya lebih memberi tumpuan pasaran kepada mesyuarat Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya (OPEC+)pada Ahad dengan negara-negara anggota dijangka menaikkan kuota pengeluaran bagi mendapatkan semula bahagian pasaran.

Sewaktu urus niaga dibuka, ringgit diniagakanbercampur-campur berbanding mata wang utama, namun kebanyakannya lebih kukuh berbanding mata wang serantau ASEAN.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...