Friday , 20 September 2024
Home Pasaran Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS, Namun Tinggi Berbanding Mata Wang Utama Lain
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS, Namun Tinggi Berbanding Mata Wang Utama Lain

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS, Namun Tinggi Berbanding Mata Wang Utama Lain

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Livevartha) — Ringgit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) namun, meningkat berbanding mata wang utama lain semasa awal dagangan pada Isnin, ekoran pelabur akan memantau mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) dan tindakan Rizab Persekutuan (Fed) berkenaan kadar faedah, kata penganalisis.

Pada pukul 8.16 pagi, mata wang tempatan turun kepada 4.3200/3380 berbanding dolar AS daripada 4.3185/3225 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit sewajarnya kekal positif hari ini kerana Fed AS berada di landasan untuk mengurangkan kadar faedah bulan ini.

“Pada masa sama, BNM dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras yang stabil sepanjang baki tempoh tahun ini.

“Ini akan menjadikan ringgit kelihatan sangat menarik dari sudut pandang pelabur asing,” katanya kepada Livevartha.

Beliau berkata justeru, ringgit berbanding dolar AS mungkin cuba untuk melepasi paras sokongan serta-merta pada 4.3050.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding beberapa mata wang utama pagi ini.

Mata wang tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9518/9645 daripada 2.9754/9784 ketika ditutup Jumaat lepas, dan lebih stabil berbanding euro kepada 4.7723/7922 daripada 4.7862/7906.

Related Articles

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 19 Sept (Livevartha)–Ringgit dibuka rendah sedikit...

FBM KLCI Naik 0.17 Peratus Dalam Dagangan Awal
Pasaran

FBM KLCI Naik 0.17 Peratus Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Livevartha) — Bursa Malaysia diniagakan tinggi dalam dagangan...

Ringgit Terus Catat Kenaikan Dengan Dibuka Lebih Kukuh Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Terus Catat Kenaikan Dengan Dibuka Lebih Kukuh Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Livevartha) — Ringgit meneruskan kenaikan pada Jumaat lepas,...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Bagi Hari Dagangan Ketiga Berturut-turut
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Bagi Hari Dagangan Ketiga Berturut-turut

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 17 Sept(Livevartha) — Niaga hadapan...