Home Pasaran Ringgit Dibuka Mengukuh Susulan Jangkaan AS Turunkan Kadar Faedah
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh Susulan Jangkaan AS Turunkan Kadar Faedah

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Livevartha) — Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang jangkaan negara maju itu akan bertindak mengurangkan kadar faedahnya pada lewat hari ini.

Namun, pasaran dijangka kekal berhati-hati susulan data jualan runcit AS yang akan memacu permintaan terhadap mata wang berkenaan.

Pada 8 pagi, ringgit mengukuh ke paras4.4550/4700 berbanding dolar AS daripada 4.4645/4690 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli EkonomiBank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sentimen pasaran kekal suram ketika data jualan runcit AS meningkat pada November, menokok0.7 peratus bulan ke bulan daripada0.5 peratus dalam bulan sebelumnya, sekali gus mengatasi jangkaan awal.

“Indeks Dolar AS (DXY) terus kekal pada paras 106.956 mata apabila data AS menunjukkan ketahanan ekonomi negara maju itu selepas peningkatan Jualan Runcit AS pada November yang kian kukuh.

“Jualan Bukan Runcit yang memaparkan aktiviti belian dalam talian telah meningkat 1.8 peratusbulan ke bulan pada November dan menyumbang sebanyak17.5 peratus daripada jumlah jualan runcit. Ini menggambarkan minat berbelanja dalam kalangan negara maju itu sememangnya kukuh,” katanya kepada Livevartha.

Berikutan itu,Mohd Afzanizam berkata pihak Rizab Persekutuan AS berkemungkinan membayangkan sentimenmenaikkan kadar faedah apabila membuat keputusan pada akhir mesyuarat dua hari Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan, hari ini.

“Oleh itu, ringgit berkemungkinan kekal rendah apabila dolar AS terus mendapat permintaan tinggi,” katanya.

Related Articles

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Minyak Mentah Lemah, Ringgit Mengukuh
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Minyak Mentah Lemah, Ringgit Mengukuh

Kredit: MPOC Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha)...

Emas Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kebimbangan Kestabilan Politik, Ekonomi Global
Pasaran

Emas Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kebimbangan Kestabilan Politik, Ekonomi Global

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...