Home Pasaran Ringgit Dibuka Mengukuh, Dolar AS Lemah Selepas Trump Tangguh Tarif
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh, Dolar AS Lemah Selepas Trump Tangguh Tarif

Ringgit Dibuka Mengukuh, Dolar AS Lemah Selepas Trump Tangguh Tarif

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 10 April (Livevartha)– Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika mata wang negara maju itu lemah susulan Presiden Donald Trump mengumumkan penangguhan tarif timbal balas selama 90 hari, kata ahli ekonomi.

Pada 8.01 pagi, ringgit berada pada 4.4700/4850 berbanding dolar AS daripada 4.4935/4990semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tempoh penangguhan tarif timbal balas bagikebanyakan negara mencetuskan sentimen lebih baik dalam pasaran mata wang.

“Ini membuka pintu bagi tujuan rundinganyang boleh cenderung kepada perjanjian perdagangan lebih baik.

“Oleh itu, kita boleh menjangkakan ringgit dan mata wang lain akan mencatat prestasilebih baik pada hari ini," katanya kepada Livevartha.

Laporan awal pagi ini menyatakan penangguhan 90 hari bagi tarif balas ke atas 75 negara yang menghubungi AS bagi tujuan rundingan, akan menyaksikan tarif berkaitan dikembalikan pada kadar asas 10 peratus ketika tempoh rundingan dijalankan.

Walaupun menyuarakan keyakinan dapat mewujudkan persetujuan lebih kukuh dengan China dan enggan membesarkan kemungkinan keadaan terus buruk, Trump sebaliknya bertindak menaikkan tarif barangan China secara mendadak — daripada 104 peratus kepada 125 peratus.

Dalam pada itu, ringgit juga diniagakan mengukuh berbanding mata wang utama lain hari ini.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...