Home Pasaran Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 15 April (Livevartha)– Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika sentimen berhati-hati terus ketara di pasaran susulan kecelaruan dasar tarif import negara maju itu.

Laporan terbaru menyatakan Rumah Putih sedang merancang mengenakan cukai baharu ke atas semikonduktor dan farmaseutikal.

Pada 8 pagi ini, ringgit diniagakan meningkat kepada4.4085/4215 berbanding dolar AS daripada paras 4.4100/4160 pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kekalutan mengenai tarif itu telah mendorong kesukaran dalam menilai kesan makroekonomi.

Indeks Dolar AS (DXY) juga jatuh kepada 99.640 mata, mencerminkan peralihan sentimen pelaburdengan pasaran mencari tempat selamat alternatif.

“Harga emas kekal tinggidengan emas semasa pada US$3,227.40 seauns – meningkat 23 peratus daripada US$2,624.50 pada awal tahun.

“Ini menunjukkan pelabur bertindak beralih kepada logam berharga di tengah-tengah ketidaktentuan yang kian meningkat," katanya kepada Livevartha.

Susulan DXY yang lebih lemah, Mohd Afzanizam menjangkakan ringgit bergerak dalam julat RM4.40 dan RM4.41 dalam urus niaga hari ini.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...