Monday , 24 February 2025
Home Pasaran Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS Bagi Hari Keempat
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS Bagi Hari Keempat

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS Bagi Hari Keempat

Oleh Danni Haizal Danial Donald & Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Livevartha)– Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang juga bagi hari keempat berturut-turut ketika pelabur meneliti semula kedudukan masing-masing susulan pengumuman data ekonomi negara maju itu yang lebih lemah, kata penganalisis.

Pada 8 pagi ini, ringgit diniagakan pada paras4.4900/5050 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.5005/5050 yang dicatatkan semalam.

Ketua Ahli EkonomiBank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pada masa ini, pasaran masih bercampur-campur berikutan prospek peningkatan inflasi yang ketara dengan jangkaan pendekatan bakal diperkenalkan oleh pentadbiran baharu AS bagi mengawal keadaan itu.

“Indeks Dolar AS (DXY) terus susut kepada 108.957 mata manakala hasil Perbendaharaan 10 tahun AS pula turun empat mata asas kepada 4.61 peratus. Ini menunjukkan peserta pasaran menjangkakan Rizab Persekutuan AS (Fed) akan mengekalkan pelonggaran dasar monetari seperti yang dirancang.

“Data-data ekonomi terkini juga kelihatan menyokong pandangan itu dengan Jualan Runcit AS bagi Disember pada0.4 peratus bulan ke bulan adalahrendah daripada jangkaan awalsebanyak 0.6 peratus," katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam berkata tuntutan pengangguran juga lebih tinggi daripada jangkaan pasaran iaitu 217,000 pada minggu lepas berbanding sasaran ramai atau konsensus pada 210,000.

“Calon Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent menyokong untuk menjadikan langkah-langkah pemotongan cukai 2017 kekal yang mungkin membawa kepada permintaan yang kukuh. Oleh itu, ringgit akan terus menunjukkan angka dalam julatketat bagi masa terdekat," katanya.

Sementara itu, RakanPengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata pengumuman data inflasi United Kingdom (UK) dan AS yang lebih lemah menjadikan kebimbangan pasaran sebelum ini dilihat sebagai berlebihan atau kurang tepat.

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Awal
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 24 Feb(Livevartha) — Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS Bagi Hari Keempat
Pasaran

Ringgit Terus Catat Kenaikan Pada Sesi Pembukaan Selepas Cecah Paras Tertinggi Hampir Tiga Minggu

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 24 Feb (Livevartha) — Ringgit mengukuh...

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Meningkat Minggu Depan Berikutan Ketidakpastian Dasar Trump
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Meningkat Minggu Depan Berikutan Ketidakpastian Dasar Trump

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin KUALA LUMPUR, 22 Feb(Livevartha) — Niaga hadapan emas...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Berikutan Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Berikutan Sentimen Berhati-hati

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 21 Feb (Livevartha) — Ringgit...