Home Pasaran Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 23 Mei(Livevartha) — Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutanIndeks Dolar AS (DXY) yanglemah di tengah-tengah data ekonomi yang bercampur-campur, katapenganalisis.

Pada8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.2575/2860 berbanding dolar AS daripada paras 4.2705/2765, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata DXY kekal di bawah paras 100 mata ketika data ekonomi bercampur-campur.

"Tuntutan pengangguran awal (di AS) adalah lebih rendah daripada jangkaan minggu lepas iaitu 227,000 berbanding anggaran konsensus sebanyak 230,000.

"Ini menunjukkan pasaran pekerja masih berdaya tahanwalaupun bilangan penganggur yang terus menerima faedah pengangguran telah meningkat kepada 1.90 juta berbanding1.87 juta sebelum ini," katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam berkata pada masa sama, Indeks Pengurus Pembelian AS bagi industri pembuatan menunjukkan peningkatan ketara kepada 52.3 mata pada Mei daripada 50.2 mata pada Aprildengan peningkatan signifikan pesanan baharu menjadi pendorong utama.

Menurutnya, jika tidak, komponen subindeks seperti penggajian adalah suram ketika inventori perniagaan dipertingkat berikutan kebimbangan tarif lebih tinggi di masa depan selain purata harga lebih tinggi yang dikenakan ke atas pelanggan,” katanya.

Selain itu, katanya, Dewan Perwakilan AS telah meluluskan rang undang-undang dikenali sebagai “One Big BeautifulBill Act” yang antara lainnya akan melanjutkan pengurangan cukai 2017, pengurangan baharu ke atas tip dan menaikkan had Cukai Negeri dan Tempatan (SALT, katanya.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...