Home Pasaran Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berikutan Pasaran Tumpu Isyarat Kepimpinan Fed AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berikutan Pasaran Tumpu Isyarat Kepimpinan Fed AS

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Berikutan Pasaran Tumpu Isyarat Kepimpinan Fed AS

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 23 April (Livevartha) — Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)pada Rabu berikutan sentimen pasaran kekal tertumpu kepada kenyataan berubah-ubah Presiden AS mengenai kedudukan pengerusi Rizab Persekutuan (Fed).

Pada 8 pagi, mata wang tempatan meningkat sedikit kepada 4.3825/4150 berbanding dolar AS daripada 4.3835/3905 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kenyataan Presiden Donald Trump telah menimbulkan kebimbangan terhadap kebebasan Fed, menunjukkan kemungkinan campur tangan politik dalam usaha bank pusat AS itu untuk menyeimbangkan antara pertumbuhan dan inflasi.

“Kenyataan terbaru Trump yang menyatakan beliau tidak berniat untuk memecat Jerome Powell telah menyebabkan indeks ekuiti penanda aras meningkat semula manakala Indeks Dolar AS (DXY) secara beransur-ansur mencecah ke paras 98 mata,” katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam berkata semakan terbaru Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) terhadap unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS bagi 2025 telah menimbulkan suasana hambar dalam pasaran.

IMF menurunkan unjuran KDNK AS kepada 1.8 peratus daripada 2.7 peratus dan menunjukkan peningkatan kemungkinan berlakunya kemelesetan.

“Oleh itu, ringgit mungkin sedikit lemah, memandangkan kenaikan DXY hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...