Home Pasaran Ringgit Dbuka Tinggi Berbanding Dolar AS
Pasaran

Ringgit Dbuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Ringgit Dbuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 4 Okt(Livevartha)– Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika pada Jumaatmendapat sokongan menjelang pengumuman data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) lewat hari ini.

Pada8 pagi, unit tempatan berada pada4.2160/2240 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.2185/2250 pada Khamis.

Pengarah urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata laporan NFP pada Jumaat akan mengubahtinjauan terhadap ringgit, daripada sentimen negatif kepada positif.

Beliau berkata ura-ura pasaran membayangkan angka NFP yang rendahdijangka dapat memberi sokongan yang amat diperlukan untuk meningkatkan ringgit.

“Bagaimanapun, laporan yang lebih kukuh daripada jangkaan boleh mendorong hasil AS lebih tinggi, mencetuskan semula kebimbangan inflasi dan menyebabkan ringgit boleh terus menurun,” katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, ketua ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS meningkat kepada 101.980 mata apabilaketegangandi Timur Tengah semakin meruncing.

Serangan terbaharu Israel ke atasBeirut telah menyebabkan harga minyak mentah Brent melonjak kepada US$77.62 setong yang seterusnya mencetuskan kebimbangan kemungkinan berlaku gangguan terhadap bekalan minyak global.

Beliau berkata konflik tersebuttelah menyebabkan peniaga beralih kepada mata wangselamat iaitu dolar AS.

Related Articles

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 30 Jun (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN
Pasaran

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 30 Jun(Livevartha) — Ringgit ditutup...