Home Pasaran Ringgit Cecah Paras Tertinggi Dalam Tempoh 18 Bulan
Pasaran

Ringgit Cecah Paras Tertinggi Dalam Tempoh 18 Bulan

Ringgit Cecah Paras Tertinggi Dalam Tempoh 18 Bulan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Livevartha) –Ringgit mencecah paras tertinggi dalam tempoh 18 bulanketika ditutup pada Isnin, didorong kebimbangan yang semakin reda terhadap potensi kemelesetan di Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit melonjak kepada 4.3805/3850berbanding dolar AS, dan kadar itu merupakan prestasi terbaik mata wang tempatan dalam tempoh sejak 14 Feb, 2023.

Pada Jumaat lepas, ringgit ditutup pada 4.4295/4350 berbanding dolar AS.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit terus menunjukkan daya tahan dan berprestasi baik berbanding dolar AS.

Beliau berkata kadar pertukaran dolar AS/ringgit melepasi paras sokongan RM4.4005 pagi ini, meletakkan ringgit sebagai antara mata wang berprestasi terbaik di rantau Asia.

“Lonjakan ini didorong oleh kebimbangan yang semakin reda terhadap kemelesetan di AS, dengan indikator ekonomi menunjukkan kemungkinan negara itu mengalami pertumbuhan ekonomi sederhana,” katanya kepada Livevartha.

Beliau berkata paras sokongan seterusnya adalah pada RM4.3000.

Mohd Afzanizam berkata perkembangan penting yang perlu diikuti ialah Simposium Jackson Hole (22 Ogos) apabila kalangan kepimpinan utama bank pusat global akan bertemu untuk membincangkan isu berkaitan makroekonomi.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...