Home Pasaran Ringgit Cecah Paras 4.65 Semula Berbanding Dolar US
Pasaran

Ringgit Cecah Paras 4.65 Semula Berbanding Dolar US

Ringgit Cecah Paras 4.65 Semula Berbanding Dolar US

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Livevartha) –Ringgit menutup minggu ini lebih kukuh berbanding dolar US,pada 4.6550/6605 hari ini berbanding 4.6600/6625 yang disaksikan semasa penutup Khamis.

Mata wang tempatan itu dirangsang oleh peningkatan jangkaan pasaran mengenai pengurangan kadar faedah oleh Amerika Syarikat ( AS), selaras dengan unjuran Kebarangkalian Kadar Faedah Dunia (WIRP).

Alat WIRP, yang digunakan oleh majoriti pedagang, meramalkan kebarangkalian 105.5 peratus penurunan kadar penanda aras oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) menjelang September nanti.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Fed bersedia untuk mengumumkan pengukur inflasi kegemarannya malam ini.

“Inflasi utama dan indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi teras AS dijangka menurun kepada 2.4 peratus dan 2.5 peratus pada Jun, daripada 2.6 peratus semasaMei,” katanya kepada Livevartha.

Beliau menjelaskan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) ) akan bermesyuarat pada 1 Ogos, sambil menambah bahawa Kadar Dana Fed mungkin kekal pada 5.50 peratus.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan lebih kukuh berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit menambah nilai berbanding pound British kepada 5.9901/ 9971 daripada 6.0039/0072,meningkat berbanding euro kepada 5.0530/0590 daripada 5.0570/0597dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.0176/0214 daripada 3.0598/0616 yang dicatatkansebelumnya.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...