Home Pasaran Reaksi Tarif AS Dorong Ringgit Dibuka Susut Sedikit Berbanding Dolar AS
Pasaran

Reaksi Tarif AS Dorong Ringgit Dibuka Susut Sedikit Berbanding Dolar AS

Reaksi Tarif AS Dorong Ringgit Dibuka Susut Sedikit Berbanding Dolar AS

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 4 April (Livevartha)– Ringgit mencatat penyusutan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Jumaat,diasak tekanan susulan pengumuman Presiden AS Donald Trump mengenai pelaksanaan tarif timbal balik,semalam.

Pada 8 pagi, ringgit turun sedikit kepada 4.4425/4445 berbanding dolar AS daripada penutupan semalam pada 4.4400/4460.

Laporan media menyatakanRumah Putih telah mengeluarkan senarai tarif ke atas kira-kira 100 negara, termasukMalaysia yang dikenakan tarif sebanyak24 peratus berkuat kuasa pada 9 April, 2025.

Susulan pengumuman itu, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri dalam kenyataannya menyatakan keterbukaan untuk berbincang dengan AS yang turut memaparkan pendirian pragmatik Malaysia.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes memberitahu Livevartha, ringgit mampu terus berada dalam ruang lebih positifjika delegasi Malaysia berjaya dalam proses rundingandengan AS.

Namun, pada masa sama, beliaumenjangkakan pasaran pertukaran asing akan terus bergerak secaraberhati-hati menjelang pengumuman prestasi gaji bukan perladangan AS malam ini.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dasar perdagangan Trump telah mencetuskan gelombang kejutan ke atas pasaran kewangan global.

Indeks Dolar AS (DXY) juga merosot dengan ketara sebanyak 1.78 peratus kepada 101.956 mata manakala hasil Perbendaharaan dua dan 10 tahun AS merosot sebanyak 18 dan 10 mata asas kepada 3.68 peratus dan 4.03 peratus.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...