Home Pasaran Prospek Berhati-hati Bagi Bursa Malaysia Minggu Depan Susulan Pelabur Tunggu Respons Terhadap Tarif AS
Pasaran

Prospek Berhati-hati Bagi Bursa Malaysia Minggu Depan Susulan Pelabur Tunggu Respons Terhadap Tarif AS

Prospek Berhati-hati Bagi Bursa Malaysia Minggu Depan Susulan Pelabur Tunggu Respons Terhadap Tarif AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 26 April(Livevartha) — Bursa Malaysia dijangka mengekalkan prospek berhati-hati minggu depan, bergerak dalam jajaran kecil antara 1,513 dan 1,515 berikutanpelabur menunggu kejelasan mengenai respons strategik Malaysia terhadap pengumuman tarif oleh Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini daripada sidang khas Dewan Rakyat pada 5 Mei.

Ketua Penyelidikan PelaburanUOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata menambah kepada sentimen berhati-hati, minggu depan merupakan minggu dagangan yang singkat, dengan Bursa Malaysia ditutup pada Khamis sempena sambutan Hari Pekerja — berpotensi menjejaskan kecairan pasaran dan mengehadkan momentum kenaikan.

“Walaupun mencatat kenaikan baru-baru ini,FBM KLCI bergelut untuk melepasi paras halangan psikologi pada1,515 — paras yang sebelum ini dilihat sebagai penting.

“Keraguan ini mewujudkan ketidaktentuan mengenai kemampanan aliran meningkat semasa menjelang minggu depan,” katanya kepada Livevartha.

Beliau berkata selepas tiga hari berturut-turut mencatat kenaikan baru-baru ini, aktiviti pengambilan untung dijangka meningkatterutamanya dalam kalangan pelabur runcit yang ingin menyimpan keuntungan jangka pendek berikutan ketidaktentuan dasar yang berterusan.

“Walaupun tiada jualan oleh pelabur asing yang merupakan suatu yang baik, data yang mengesahkanaliran masuk dana asing yang berterusan — akan diketahui daripada data pelabur asing pada Jumaat — akan menjadi petunjuk positif dan akan menyokong momentum kenaikan hingga awal Mei.

“Kaunter berorientasikan eksport kekal berada dalam kedudukan yang baik untuk mengatasi prestasi pasaran,jika tiada tindakan tambahan dalam dasar perdagangan AS,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Sedek berkata sentimen pasaran kekal tidak stabil dan amat sensitif terhadap perkembangan geopolitik.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...