Home Pasaran Prestasi Bursa Malaysia Sederhana Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Sederhana Pada Tengah Hari

Prestasi Bursa Malaysia Sederhana Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Livevartha)– Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi Khamis dengan prestasi sederhana apabila pelabur mencerna pengumuman terkini berkaitan tarif Amerika Syarikat (AS), terutamanya berhubung Malaysia, sertapenurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR), meskipun prestasi pasaran serantau lebih kukuh.

Pada 12.30 tengah hari,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat sedikit sebanyak 0.23 mata kepada1,529.47 daripada1,529.24 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks penanda aras itu dibuka2.19 mata lebih tinggi kepada1,531.43 pada awal dagangan.

Bagaimanapun, pasaran secara keseluruhan sedikit negatif, dengan 394 kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 382, manakala 484 kaunter tidak berubah, 1,158 tidak diniagakan dan 10 digantung.

Jumlah dagangan sebanyak2.19 bilion unit bernilaiRM1.12 bilion.

MalaccaSecurities Sdn Bhd berkata ia percaya penurunan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus akan memberi kelebihan kepada kaunter amanah pelaburan hartanah (REIT) memandangkanhasil dividen REIT menjadi lebih menarik berbanding deposit tetap.

Firma pembrokeran itu turut memaklumkan pelabur akan memerhati pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Setiausaha Negara ASMarco Rubio hari ini, terutamanya berkaitan tarif 25 peratus yang dikenakan ke atas Malaysia.

“Sementara itu, bursa tempatan mula menunjukkan tanda-tanda penembusan di bawah purata pergerakan eksponen, sekali gus memberi isyarat potensi trend semasa yangbercampur-campur.

“Histogram penumpuan/perbezaan purata pergerakan (MACD) kekal berada dalam wilayah positif, manakala indeks kekuatan relatif (RSI) mula menurun. Paras rintangan diunjur pada paras 1,544-1,549, manakala paras sokongan pada 1,509-1,514,” katanya.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...