Home Pasaran Penjualan Ekuiti Global Beri Tekanan Kepada Bursa Malaysia Pada Tengah Hari
Pasaran

Penjualan Ekuiti Global Beri Tekanan Kepada Bursa Malaysia Pada Tengah Hari

Penjualan Ekuiti Global Beri Tekanan Kepada Bursa Malaysia Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Sept(Livevartha)–Penjualan ekuiti di peringkat global terus memberi tekanan kepada Bursa Malaysia pada tengah hari.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.25 mata kepada 1,671.40, turun daripada 1,676.65 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks itudibuka pada 1,662.65, jatuh 14 mata.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 774 berbanding 243, dengan 382 kaunter tidak berubah, 1,042 tidak diniagakan dan sembilan digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.84 bilion unit yang bernilai RM1.42 bilion.

Seorang penganalisis berkata pelabur bimbang mengenaipotensi kelembapan ekonomi global berikutan data pembuatan terbaru Amerika Syarikat yang lebih rendah daripada jangkaan.

"Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan ISM AS meningkat kepada 47.2 daripada 46.8 pada Julai tetapi jauh daripada jangkaan pasaran iaitu pada 47.5.

“Ketidaktentuan ini juga telah menyebabkan penurunan mendadak harga minyak, mencecah paras terendah bagi tempoh sembilan bulan,” katanya.

Beliau berkata pasaran kini memantau dengan teliti laporan gaji bukan ladang AS yang akan dikeluarkan Jumaat ini untuk mendapatkan gambaran mengenai keputusan dasar monetari AS pada masa hadapan.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS

Oleh Abdul Hamid Abdul Rahman KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) –Kontrak niaga...