Home Pasaran Pengumuman Tarif AS Tidak Jejas Ringgit Ditutup Mengukuh Berbanding Dolar
Pasaran

Pengumuman Tarif AS Tidak Jejas Ringgit Ditutup Mengukuh Berbanding Dolar

Pengumuman Tarif AS Tidak Jejas Ringgit Ditutup Mengukuh Berbanding Dolar

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 3 April (Livevartha) — Ringgit yang berdepan tekanan susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS) mengumumkan tarif timbal balas ke atas beberapa negara, termasuk Malaysia pada awal Khamis, sebaliknya ditutup secara relatifnya lebih stabil, kata penganalisis.

Pada6 petang, ringgit diniagakan meningkat sedikit pada 4.4400/4460 berbanding dolar AS daripada 4.4510/4565, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit diniagakan susut dalam sesi urus niaga pagi ini pada4.4822 berbanding dolar AS namun kembali mendapat momentum peningkatanmenjelang lewat tengah hari ini.

Beliau berkata kalangan peniaga, pelabur dan penganalisis sememangnya menjangkakan potensi penyusutan susulan pengumuman tarif oleh AS.

“Namun, sebagai tindakan susulan, Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) menyuarakan keterbukaan untuk melakukan libat urus dengan pihak berkuasa AS, sekali gus memaparkan pendirian Malaysia yang pragmatik.

“Pendekatan tindak balas setimpalsebaliknya boleh mengundang tarif import yang secara asasnya membawa kepada beban cukai domestik.Tindak balas Malaysia juga membantu dari segi mengekalkan hubungan diplomatikdengan kedua-dua pihak kelihatan berminat untuk mengelak konflik.

“Bagaimanapun, sentimen pasaran dijangka kekal goyah dalam jangka masa terdekat berikutan risiko tindakbalas yang lebih ketara dan berpotensi menjejaskan permintaan global," katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam berkata dengan senario itu, ringgit berkemungkinan diniagakan dalam julat4.44 hingga 4.45 dalam jangka masa terdekat.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...