Home Pasaran Pengukuhan Ringgit Berterusan Bagi Hari Ke-10, Tertinggi Dalam 14 Bulan
Pasaran

Pengukuhan Ringgit Berterusan Bagi Hari Ke-10, Tertinggi Dalam 14 Bulan

Pengukuhan Ringgit Berterusan Bagi Hari Ke-10, Tertinggi Dalam 14 Bulan

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Livevartha) — Ringgit mengekalkan aliran peningkatanuntuk hari ke-10 berturut-turut pada Jumaat, mencecah paras tertinggi dalam tempoh 14 bulan pada RM4.49 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)ketika potensi negara maju itu menurunkan kadar faedah utama terusketara, kata penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit mengukuh ke paras4.4945/4995 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.5675/5710 semalam.

Malah, sebelum urus niaga berakhir, ringgit mencecah paras tertinggi intra harian pada 4.4880.

Paras penutup tertinggi pernah dicatatkan sebelum ini adalah 4.4960/4985 yang dicatatkan pada 15 Mei, 2023.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data terkini AS menunjukkan ekonomi negara maju itu semakin perlahan berikutan pendirian dasar monetarinya yang ketat.

Berikutan itu, pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) berkemungkinan besar mengalihkan tumpuannya kepada usaha melonjakkan pertumbuhan, katanya kepada Livevartha.

“Secara ringkasnya, pengurangan kadar faedah itu dan keupayaan Fed untuk memastikan pertumbuhan akan menjadi tumpuan dalam tempoh enam bulan akan datang dan seterusnya.

“Hasil Perbendaharaan AS juga telah merosot dengan ketara, menunjukkan pasaran bon turut menjangkakanFed mengurangkan kadar itu pada tahun ini.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS

Oleh Abdul Hamid Abdul Rahman KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) –Kontrak niaga...