KUALA LUMPUR, 16 April–Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung ke atas beberapa saham berwajaran tinggi, terutamanya dalam sektor produk perindustrian, perbankandan utiliti.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 9.95 mata atau 0.67 peratus kepada 1,476.48 daripada 1,486.43 ketika ditutup Selasa.
Indeks penanda aras itu dibuka sedikit tinggi pada 1,486.45, sebelum bergerak antara 1,473.36 dan 1,487.50 sepanjang sesi dagangan.
Dalam pasaran yang lebih meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung iaitu 463 berbanding 260 manakala 364 kaunter tidak berubah, 1,311 tidak diniagakan dan sembilan digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 1.96 bilion saham bernilai RM758.72 juta.
Mengulas mengenai Bursa Malaysia tengah hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd berkata walaupun terdapat penjualan dalam Indeks Teknologi tempatan susulan siasatan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap import semikonduktor, tetapi pihaknya percaya saham-saham berkaitan perisian secara relatifnya akan kekal terlindung daripada tekanan berkaitan tarif.
“Ini boleh membuka peluang kepada pemburuan saham-saham murah syarikatkeselamatan siber seperti Cloudpoint Technology Bhd dan LGMS Bhd, yang turut mendapat manfaat daripada gelombang pelaburan pusat data yang semakin meningkat di negara ini.
“Selain itu, pembekalutiliti negara Tenaga Nasional Bhd, yang baru-baru ini memperoleh kontrak penyelenggaraan bernilai RM705 juta daripada kerajaan Kuwait, dijangka terus memanfaatkan momentum pelaburan pusat data dan tenaga boleh baharu dalam negara,” tambah firma pembrokeran saham itu.
Dalam kalangan sahamberwajaran tinggi, Maybank susut 7.0 sen kepada RM9.87, CIMB Group turun 6.0 sen kepada RM6.64, Tenaga Nasional dan Public Bank masing-masing merosot 4.0 sen kepada RM13.40 dan RM4.27, manakala IHH Healthcare jatuh1.0 sen kepada RM6.80.