Home Pasaran Pelan China, Sentimen Pasaran Terhadap Trump Pengaruh Ringgit Ditutup Rendah
Pasaran

Pelan China, Sentimen Pasaran Terhadap Trump Pengaruh Ringgit Ditutup Rendah

Pelan China, Sentimen Pasaran Terhadap Trump Pengaruh Ringgit Ditutup Rendah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Livevartha) — Ringgit mengakhiri urus niaga Khamis dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika sentimen ‘Trump trade’ memacu pengukuhan mata wang negara maju itu manakala rancangan rangsangan China gagal memberi impak setakat ini.

Walaupun tiada sebarang takrifan tepatmengenai Trump trade,’ namun ia lebih memaparkan sentimen umum dalam kalangan pelabur bahawa kehadiran semula Donald Trump sebagai presiden, dapat memberi impak positif kepada pasaran.

Pada 6 petang ini, ringgit susut ke paras4.3075/3105 berbanding dolar AS daripada paras 4.2945/2995 pada akhir urus niaga semalam.

Pengarah UrusanSPI Asset Management Stephen Innes berkata ‘Trump trade’ yang dicetuskan oleh unjuran pasaran menunjukkan Trumpyang mewakili Parti Republikan, mendahului persaingan pemilihan presiden AS setakat ini dan menyebabkan mata wang negara-negara Asia, termasuk ringgit susut nilai dalam tempoh 24 jam lepas.

“Dalam persekitaran kempen presiden AS yang terus mendapat momentum, kalangan peniaga pula memanfaatkan pendirian keras Trump berkaitan tarif. Mereka percaya kemenangan Trump akan memberi cabaran kepada ekonomi asing, namun pada masa sama menjadikan dolar AS lebih menarik.

“Trump juga telah berjanji di bawah kepimpinannya, status dolar AS akan menyaksikan paras paling kukuh dan pasaran kelihatan memberi reaksi terhadap sentimen itu,” katanya kepada Livevartha.

Selain itu, Innes berkata penggubal dasar China pula gagal menyuntik rasa yakin pada sesi taklimat mereka pagi ini dan menyebabkan rancangan menangani penyusutan pasaran hartanah tidak menepati jangkaan.

“Ini mencetuskan sentimen negatif di serata pasaran Asia, menyebabkan sebahagian besar mata wang susut, termasuk ringgit selain melemahkan yuan,” katanya.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS

Oleh Abdul Hamid Abdul Rahman KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) –Kontrak niaga...