Home Pasaran Pasaran Getah Terus Catat Penurunan Susulan Harga Minyak Rendah
Pasaran

Pasaran Getah Terus Catat Penurunan Susulan Harga Minyak Rendah

Pasaran Getah Terus Catat Penurunan Susulan Harga Minyak Rendah

–fotoLivevartha

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 27 Mac(Livevartha) — Pasaran getah Malaysia terus mencatatkan penurunan pada Khamis berikutan prestasi bercampur-campur di pasaran getah serantau dan kemerosotan harga minyak mentah, kata peniaga.

Beliau berkata harga minyak susut sedikit berikutan peniaga menilai impak daripada cadangan tarif automotif oleh Presiden Amerika Syarikat (AS)Donald Trumpberbanding kebimbangan mengenai bekalan global yang terhad.

Pada masa ini, harga minyak mentah Brent naik 0.31 peratus kepada US$73.56 setong.

Katanya sentimen pasaran kekal lemah disebabkan tarif perdagangan tambahan AS dan data ekonomi China yang mengecewakan.

“Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang oleh bekalan getah asli yang terhad di negara-negara pengeluarutama dan ringgit yang rendah berbanding dolar AS dalam optimisme terhadap langkah-langkah rangsangan China yang seterusnya,” katanya kepada Livevartha.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 merosot 2.5 sen kepada 878.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal berkurangan tiga sen kepada 675sen sekilogram.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun
Pasaran

Eksport Minyak Sawit Susut 10.52 Peratus, Pengeluaran MSM Merosot 4.48 Peratus Pada Jun

KUALA LUMPUR, 10 Julai(Livevartha) –Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus...