Home Pasaran Pasaran Getah Tempatan Ditutup Tinggi
Pasaran

Pasaran Getah Tempatan Ditutup Tinggi

Pasaran Getah Tempatan Ditutup Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 20 Dis(Livevartha) — Pasaran getah tempatan ditutup tinggi pada Jumaat, didorong oleh ringgit yang lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) seiring pemulihan pasaran niaga hadapan getah serantau di tengah-tengah ramalan cuaca buruk berterusan di beberapa negara pengeluar utama, kata peniaga.

Pada 5.01 petang, ringgit menyusutkepada4.5060/5100 berbanding dolar AS berbanding 4.5030/5080 ketika ditutup semalam.

Peniaga berkata sentimen pasaran turut dipengaruhi oleh prospek rangsangan fiskal yang mengukuh daripada China berikutan pendekatan terbaharu bank pusat negara itu.

“Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh penyusutan dalam penanda aras harga minyak mentah ketika peniaga menganalisisstatistik (terkini) getah asli yang dikeluarkan oleh Persatuan Negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC),” katanya kepada Livevartha.

MenurutANRPC, pengeluaran getah asli global sehingga November 2024 mencapai paras 12.7 juta tan, peningkatan 2.4 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Permintaan getah asliglobal berjumlah13.9 juta tan, menokok 0.5 peratus daripada tempoh yang sama pada 2023.

Sementara itu, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan hargaStandard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) meningkat empatsen kepada869sen sekilogram, manakala lateks pukal melonjak 2.5 sen kepada721.5 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga SMR 20 berada pada868sen sekilogram, manakala lateks pukal pada723 sen sekilogram.

Related Articles

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Minyak Mentah Lemah, Ringgit Mengukuh
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Minyak Mentah Lemah, Ringgit Mengukuh

Kredit: MPOC Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha)...

Emas Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kebimbangan Kestabilan Politik, Ekonomi Global
Pasaran

Emas Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kebimbangan Kestabilan Politik, Ekonomi Global

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...