Home Pasaran Pasaran Getah Susut Susulan Kelemahan Serantau
Pasaran

Pasaran Getah Susut Susulan Kelemahan Serantau

Pasaran Getah Susut Susulan Kelemahan Serantau

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Livevartha) –Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki pergerakan menurun di pasaran niaga hadapan getah serantau.

Seorang peniaga berkata ketidakpastian yang berterusan terhadap dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS) turut menjejaskan sentimen pasaran.

Bagaimanapun, kerugian selanjutnya telah dihadkan oleh keuntungan dalam penanda aras harga minyak mentah selepas sentimen pasaran dirangsang oleh petunjuk kestabilan ekonomi global yang muncul selepas penangguhan tarif ke atas Kesatuan Eropah oleh AS," katanya kepada Livevartha.

Selain itu, niaga hadapan getah Jepun menyaksikan penyusutan selepas menjejaki penurunan dalam niaga hadapan Shanghai, yang direncatkan oleh kebimbangan mengenai kelembapan dalam pertumbuhan ekonomi China.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan bahawa harga SMR20 merosot 15 sen kepada 725.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal berkurangan sebanyak tiga sen kepada 624 sen sekilogram.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...