Home Pasaran Pasaran Getah Seiring Niaga Hadapan Serantau, Ringgit Dan Harga Minyak Mentah Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Seiring Niaga Hadapan Serantau, Ringgit Dan Harga Minyak Mentah Minggu Depan

Pasaran Getah Seiring Niaga Hadapan Serantau, Ringgit Dan Harga Minyak Mentah Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 17 Mei(Livevartha) –Pasaran getah Malaysia dijangka seiring denganprestasi pasaran niaga hadapan getah serantau, pengukuhanringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)sertaharga minyak mentah penanda aras, kata seorang peniaga.

Peniaga berkenaanberkata unjuran pasaran itu dipengaruhi oleh kebimbangan terhadap penyusutan bekalan getah asli darinegarapengeluar utama disebabkanmusim hujanserta keyakinan terhadap kemungkinan gencatan perdagangan di antara ASdenganChina.

“Para pemain pasaran akan memantau perkembangan berkaitan rundinganperdagangan AS selainturut memberi perhatian kepada rancangan rangsangan ekonomi China,” kata peniaga tersebut kepada Livevartha.

Sementara itu, Persatuan PengeluarSarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) berkata pasaran getah dijangka menunjukkan aliranmeningkat minggu depan berikutan jangkaan lonjakan permintaan untuk penyimpanan stok dalamtempoh penangguhan pengurangan tarif selama 90 hari.

MARGMA berkata penangguhantarif sementara di antara AS dengan China selama 90 hari sedikit sebanyak meningkatkan sentimen globalselainunjuran pasaran getah untuk minggu depan mungkin menunjukkan beberapa petanda positif.

Persatuanituberkata harga minyak turut menunjukkan momentum peningkatan.

Sehubungan itu, harga getah akan terus dipengaruhi oleh niaga hadapan getah serantau, prestasi ringgit berbanding dolar ASserta pergerakan harga minyak mentah penanda aras.

Bagiminggu ke minggu, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia bagi Getah Mutu Malaysia 20 meningkat sebanyak tiga sen kepada 759 sen sekilogrammanakala lateks pukal naik sebanyak 4.5 sen kepada 609 sen sekilogram.

Related Articles

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengeluaran Dibimbangi Meningkat

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 30 Jun (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN
Pasaran

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 30 Jun(Livevartha) — Ringgit ditutup...