KUALA LUMPUR, 26 Dis(Livevartha) — Pasaran getahtempatan ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh seminggu susulan pengukuhan di pasarangetah serantau yang disokong oleh kenaikan harga minyak mentah.
Seorang peniaga berkata sentimen pasaran juga didorong oleh pakejrangsangan baharu dari China di tengah-tengah kebimbanganbekalan terhad di negara pengeluar utama getah asli termasuk Malaysia dan Thailand berikutan cuaca hujan yang berterusan.
“Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh pengukuhan ringgitberbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah dagangan yang suram berikutan musim cuti akhir tahun,” katanya kepada Livevartha.
Peniaga itu berkata, pekebungetah di utara Thailand perlu bersedia dengan ancaman tanaman rosak bermula 26 hingga 27 Dis, manakala di bahagian selatan hujan lebat boleh mengakibatkan banjir kilat bermula 28hingga 30 Dis.
Harga minyak terus meningkat pada Khamis selepas cuti Krismas mendapat sokongan daripadalangkah rangsangan baharu di China dan penurunan inventori minyak mentah di AS.
Setakat ini, harga minyak mentah Brent meningkat 0.39 peratus kepadaUS$73.88 setong.
Mengikut Lembaga Getah Malaysia, harga SMR 20 melonjak 22.0 sen kepada877.0 sen sekilogram manakala lateks pukal menyusut lima sen kepada707.5sen sekilogram.
Pada 5 petang, harga SMR 20 berada pada871.00sen sekilogram manakala lateks pukal pada703.50sen sekilogram.
— Livevartha