Home Pasaran Pasaran Getah Malaysia Ditutup Tinggi
Pasaran

Pasaran Getah Malaysia Ditutup Tinggi

Pasaran Getah Malaysia Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 9 Mei(Livevartha) — Pasaran getah Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaatmenjelang rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China serta didorong kenaikan harga minyak mentah, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran juga dirangsang oleh prospek ekonomi yang positif di China dan harapan terhadap keredaan ketegangan perdagangan AS-China.

“Bagaimanapun, kenaikan seterusnya dikekang oleh prestasibercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan getah serantau dan pasaran buruh AS yang kukuh,” katanya.

Peniaga berkataniaga hadapan getah Jepun meningkat untuk sesi ketujuh berturut-turut pada Jumaat dan berada di landasanuntuk mencatatkan kenaikanmingguan susulanmenjelang rundingan perdagangan itu.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 naik6.5sen kepada 756.0sen sekilogram manakala susu getah pukal menokok4.5sen kepada 604.50sen sekilogram.

Pasarangetah Kuala Lumpur akan ditutup pada Isnin,12 Mei, 2025sempena cuti umum Hari Wesak dan akan beroperasi semula pada Selasa13 Mei.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...