Home Pasaran Pasaran Getah KL Ditutup Rendah Seiring Pasaran Serantau
Pasaran

Pasaran Getah KL Ditutup Rendah Seiring Pasaran Serantau

Pasaran Getah KL Ditutup Rendah Seiring Pasaran Serantau

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Livevartha) — Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah hari ini seiring dengan penyusutan pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keputusan tarif perdagangan Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran juga kekal berhati-hati menjelang pengumuman data inflasi AS yang akan datang.

“Bagaimanapun, penyusutan selanjutnya dikekang oleh peningkatan harga minyak," katanya kepada Livevartha.

Menurutnya pasaran getah Jepun menyusut kepada paras terendah dalam tempoh satu bulan pada Isnin berikutan ancaman tarif daripada Presiden AS Donald Trump yang memburukkan lagi kebimbangan mengenai perang perdagangan global.

Beliau berkata Trump akan memperkenalkan tarif baharu 25 peratus ke atas semua import keluli dan aluminium ke AS selain duti logam sedia ada.

Pada 4.30 petang, harga minyak mentah Brent meningkat 0.78 peratus kepada US$75.24 setong.

Lembaga Getah Malaysia melaporkan bahawa pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) susut tujuh sen kepada 883.0 sen sekilogram manakala susu getah pukal berkurangan dua sen kepada 687.5 sen sekilogram.

— Livevartha

Related Articles

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) —...

Pasaran Getah KL Ditutup Rendah Seiring Pasaran Serantau
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April (Livevartha) –Pasaran getah...