Monday , 24 February 2025
Home Pasaran Pasaran Getah KL Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Pasaran Getah KL Ditutup Lebih Tinggi

Pasaran Getah KL Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Livevartha) –Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi hari ini, disokong oleh aliran menaik dalam pasaran hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Niaga hadapan getah Shanghai mencatatkan keuntungan selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan kenaikan tarif perdagangan secara beransur-ansur pada 2025.

Berdasarkan laporan, pasukan Presiden AS Donald Trump sedang menyediakan pelan bagi pengenaan tarif perdagangan secara beransur-ansur dalam beberapa bulan akan datang, melibatkan tambahan tarif bulanan antara dua peratus hingga lima peratus, memberikan Washington lebih leverajdalam rundingan perdagangan dan pada masa yang sama,menghalang lonjakan inflasi yang disebabkan oleh duti berkenaan.

Selain itu, keyakinan terhadap langkah rangsangan China selanjutnya telah merangsang pasaran walaupun musim hujan telah menjejaskan pengeluar getah asli utama, ini memberikan sokongan kepada harga, kata peniaga itu.

Namun begitu, beliau berkata kenaikan selanjutnya dihadkan oleh kerugian dalam penanda aras harga minyak selain kemantapan ringgit berbanding dolar US memandangkan para peniaga sedang menunggu perangkaan getah asli yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Pengeluaran getah asli menokok sebanyak 0.2 peratus pada November 2024 kepada 38,481 tan, berbanding 38,400 tan yang dicatatkan semasaOktober 2024.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan bahawa SMR 20 naik sebanyak 10.0 sen sekilogram kepada 883.50 sen sekilogram berbanding 873.50 sen sekilogram yang disaksikan semalam,manakala lateks pukal susut 2.0 sen sekilogram kepada 672.00 sen sekilogram daripada 674.00 sen sekilogram sebelum ini.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Awal
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 24 Feb(Livevartha) — Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Ringgit Terus Catat Kenaikan Pada Sesi Pembukaan Selepas Cecah Paras Tertinggi Hampir Tiga Minggu
Pasaran

Ringgit Terus Catat Kenaikan Pada Sesi Pembukaan Selepas Cecah Paras Tertinggi Hampir Tiga Minggu

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 24 Feb (Livevartha) — Ringgit mengukuh...

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Meningkat Minggu Depan Berikutan Ketidakpastian Dasar Trump
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Meningkat Minggu Depan Berikutan Ketidakpastian Dasar Trump

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin KUALA LUMPUR, 22 Feb(Livevartha) — Niaga hadapan emas...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Berikutan Sentimen Berhati-hati
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Berikutan Sentimen Berhati-hati

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 21 Feb (Livevartha) — Ringgit...