Home Pasaran Pasaran Getah Ditutup Tinggi Ketika Prospek Bekalan Terhad
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Ketika Prospek Bekalan Terhad

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Ketika Prospek Bekalan Terhad

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Livevartha) — Pasaran getah tempatan ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh bekalan getah asli yang terhad berikutan musim daun pokok getah luruh, kata peniaga.

Peniaga berkata sentimen pasaran turut didorong oleh keyakinan yang meningkat terhadap langkah rangsangan tambahan China menjelang mesyuarat penggubal dasar utama di negara itu minggu depan.

“Bagaimanapun, peningkatan selanjutnya dikekang oleh petunjuk lemah daripada pasaran niaga hadapan getah serantau dan penyusutan dalam petunjuk pasaran harga minyak mentah berikutan kebimbangan peniaga terhadap perang perdagangan global yang semakin meruncing dan menjejaskan sentimen.

“Niaga hadapan getah Jepun menurun sedikit pada Selasa apabila tarif baharu Amerika Syarikat (AS) terhadap Kanada, Mexico dan pengguna getah utama China dijangka berkuat kuasa dalam tempoh beberapa jam, mengatasi prospek bekalan yang semakin terhad,” katanya kepada Livevartha.

Beliau berkata bekalan getah asli di selatan Thailand dilaporkan merosot, mendorong bekalan getah asli global berada pada paras terendah bermusim memandangkan tanaman getah mengalami tempoh pengeluaran yang bekurangan daripada Februari hingga Mei.

“Pembuat dasar China dilaporkan dijangka mengumumkan sasaran ekonomi dan sokongan dasar baharu minggu depan dalam pertemuan berprofil tinggi di Beijing.

“Pelabur juga akan memantau sebarang isyarat sokongan selanjutnya dalam sektor hartanah yang sedang bergelut dan pemaju tempatan yang mempunyai hutang yang besar (di China),” katanya.

Lembaga Getah Malaysia melaporkan Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 naik empat sen kepada 927.50 sen sekilogram pada 3 petang manakala lateks pukal meningkat satu sen kepada 717.50 sen sekilogram.

— Livevartha

Related Articles

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) —...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Ketika Prospek Bekalan Terhad
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April (Livevartha) –Pasaran getah...