Monday , 23 December 2024
Home Pasaran Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dirangsang Kenaikan Berterusan Niaga Hadapan Getah Serantau
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dirangsang Kenaikan Berterusan Niaga Hadapan Getah Serantau

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dirangsang Kenaikan Berterusan Niaga Hadapan Getah Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 3 Dis(Livevartha) –Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan aliran meningkat untuk ditutup tinggi pada Selasa.

Peniaga berkata pasaran getah tempatan dirangsang oleh kenaikan kukuh berterusan yang dialami pasaran niaga hadapan getah serantau,diterajui niaga hadapan getah Shanghai.

Beliau berkata harga juga disokong oleh kestabilan harga minyak mentah yang menjadi penanda aras, ringgit yang lebih rendah berbanding dolar AS dan bekalan getah asli (NR) yang terhadakibat banjir besar di negara pengeluar utama.

“Bagaimanapun, kenaikan seterusnya telah dikekang oleh data ekonomi yang tidak menentu dari Amerika Syarikat,” katanya kepada Livevartha.

Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun meningkat pada Selasa, mengakhiri penurunan selama tiga sesi berturut-turut, berikutan kebimbangan mengenaicuaca hujan yang mengganggu bekalan daripada pengeluar utama,Thailand, melebihi prospek permintaan yang lemah.

Sementara itu,harga minyak mentah stabil pada Selasa, dengan peniaga menunggu hasilmesyuarat Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya, katanya.

Peniaga juga berkata Pihak Berkuasa Getah Thailand (RAOT) telah melaporkan bahawa banjir besar berpanjangan yang melanda lima wilayah di selatan negara ituminggu lepas telah menyebabkan kerosakan lebih lima juta hektar ladang getah, melibatkan anggaran 20 bilion baht.

Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Getah Mutu Malaysia20 (GMM 20) menokok 10.0 sen kepada 902.5 sen sekilogram, manakala susu getah pukal naik 2.50 sen kepada 675.0 sen sekilogram.

Related Articles

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan
Pasaran

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Pasaran...

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Bursa...

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan
Pasaran

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...