Home Pasaran Pasaran Getah Ditutup Rendah Susulan Prestasi Lemah Niaga Hadapan Serantau
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Rendah Susulan Prestasi Lemah Niaga Hadapan Serantau

Pasaran Getah Ditutup Rendah Susulan Prestasi Lemah Niaga Hadapan Serantau

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Livevartha) –Pasaran getah tempatan ditutup rendah hari ini susulanpetunjuk lemah daripada pasaran serantau dan kemerosotan harga minyak, kata seorang peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran juga dipengaruhioleh ringgit lebih kukuh berbanding dolar US dalampersekitaranancaman tarif baharu daripada Amerika Syarikat (AS) yang meningkatkan ketegangan perdagangan global dan kebimbangan terhadap kemelesetan AS.

Bagaimanapun, kerugian selanjutnya dihadkan oleh keyakinan dengan jangkaan bahawa lebih banyak rangsangan ekonomi akan berlaku di China dan inflasi pengguna AS yanglebih stabil daripada unjuranpada Februari 2025 iaitu pada2.8 peratus tahun ke tahun.

Angka inflasi itu adalah kenaikan kecil sejak Oktober, memberikan sedikit kelegaan kerana pengguna dan perniagaan bimbang mengenaikesan tarif yang mungkin memberi kesanterhadap inflasi.

Penggiatpasaran juga dilihat bertindak balas terhadap pengurangan pengeluaran getah asliseperti dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia(DoSM).

DoSM melaporkan bahawa pengeluaran getah asli Malaysia merosotsebanyak 20.8 peratus pada Januari 2025 (30,342 tan) berbanding Disember 2024 (38,299 tan).

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (MRB) melaporkan harga Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 turun 10.5 sen kepada 873.00 sen bagi setiap kilogram, manakala susu getah pukal susut 2.5sen kepada 696.50 sen bagi setiap kilogram.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Rendah Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 12 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya
Pasaran

FBM KLCI Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)...

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau, Harga Minyak Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 11 Julai (Livevartha) — Pasaran getah...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Stok Meningkat Jejaskan Pasaran
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Stok Meningkat Jejaskan Pasaran

Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 10 Julai (Livevartha) — Kontrak niaga...