Home Pasaran Pasaran Getah Ditutup Rendah Berikutan Kelemahan Dalam Niaga Hadapan Serantau
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Rendah Berikutan Kelemahan Dalam Niaga Hadapan Serantau

Pasaran Getah Ditutup Rendah Berikutan Kelemahan Dalam Niaga Hadapan Serantau

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Livevartha) –Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini, terjejas akibat kelemahan dalam petunjuk daripada pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Sentimen pasaran juga menerima kesan akibat ketidakpastian yang tinggi terhadap dasar tarif Amerika Syarikat (AS).

"Niaga hadapan getah Jepun menjunam pada Selasa selepas menerima tekanan oleh data ekonomi yang kurang bermaya dari Beijing termasuk pengukuhan yen,walaupun penurunan tersebut diimbangi oleh keadaan cuaca pengeluar getah seperti Thailand yang semakin memburuk," katanya kepada Livevartha.

Bagaimanapun, kerugian selanjutnya telah dihadkan oleh harga minyak mentah yang mantap dan keyakinan yang diperbaharui terhadap rangsangan selanjutnya di China dan pengenduran perang perdagangan antara AS dan China.

Sementara itu, pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan bahawa harga SMR 20 menyusutsebanyak 11.5 sen kepada 753.0 sen sekilogram, manakala lateks pukal menurun satu sen kepada 610.50 sen sekilogram.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...