Home Pasaran Pasaran Getah Ditutup Lebih Rendah
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Lebih Rendah

Pasaran Getah Ditutup Lebih Rendah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 22 April(Livevartha) — Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini menjejaki pasaran niaga hadapan getah serantau yang melemah dan ringgit yang mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Niaga hadapan getah Jepun diniagakan lebih rendah, didorong oleh yen yang mengukuh dan prospek bekalan yang lebih tinggi.

Aliran pasaran kekal perlahan di tengah-tengah kebimbangan terhadap ketidaktentuan ekonomi global berikutan perang perdagangan yang semakin memuncak dan ketegangan geopolitik.

Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dihadkan oleh peningkatan harga minyak mentah dan keyakinan terhadap potensi pemulihan China yang disokong oleh langkah rangsangan.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan hargaStandard Malaysian Rubber (SMR) 20 menyusut 15.5 sen kepada745.00sen sekilogram daripada Isnin, manakala lateks pukal turun 5.5 sen kepada641.00sen sekilogram berbanding semalam.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...