Home Pasaran Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Sejajar Dengan Pasaran Serantau
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Sejajar Dengan Pasaran Serantau

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Sejajar Dengan Pasaran Serantau

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 4 Okt(Livevartha) — Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat, menjejaki prestasi pasaran serantau, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen turut terjejas oleh data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang bercampur-campur dan risiko ekonomi daripada konflik di Timur Tengah yang meningkat.

“Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang oleh ringgit yang rendah berbanding dolar AS menjelang laporan pekerjaan AS yang dijangka dikeluarkan hari ini dan China yang meningkatkan usaha pengumpulan dana,” katanya kepada Livevartha.

Niaga hadapan getah Jepun merosot pada Jumaat, didorong oleh pengukuhan yen tetapi harga minyak semalaman yang kukuh mengehadkan penurunan,katanya.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan hargaStandard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) susut lapan sen kepada 870.5sen sekilogram manakala susu getah pukal naik 3.5sen kepada 736.5sen sekilogram.

Pada 5 petang, SMR 20 sebanyak 871sen sekilogram dan susu getah pukal sebanyak 739.5sen sekilogram.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...