–fotoLivevartha
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Livevartha) –Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu, dirangsang oleh harga minyak mentah yang stabil dan kebimbangan terhadap bekalan getah yang terhadberikutan ramalan cuaca lembap, kata sumber pasaran.
Seorang peniaga berkatasentimen pasaran juga didorong oleh prospek rangsangan fiskal China apabila peniaga memberi reaksi terhadapgencatan senjata di Timur Tengah.
Bagaimanapun, kenaikanselanjutnya dihadkan oleh ringgit yang lebih kukuhberbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan data ekonomi China yang lemah sewaktukebimbangan mengenai tarif perdagangan AS," katanya kepada Livevartha.
Beliau menekankan harga minyak stabil pada Rabu ketika pasaran menilai potensi kesan perjanjian gencatan senjata di antara Israel dengan Hezbollahselainmenjelang mesyuarat Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum Plus (OPEC+) Ahad ini.
Pada 5 petang, harga minyak mentah Brent naik 0.33 peratus kepada US$73.11 setong.
Menurut Biro StatistikKebangsaan China, keuntungan perindustrian China pada Oktober susut10 peratus berbandingtahun sebelumnya, satu peningkatan daripada penurunansebanyak 27.1 peratus pada September.
Bagaimanapun, pendapatan merosot 4.3 peratus dalam 10 bulan pertama, berbanding penurunan 3.5 peratus dariJanuari hingga September.
"Presiden AS Joe Biden mengumumkan perjanjian gencatan senjata pada Selasa, menandakan penurunan ketegangandalam konflik Timur Tengah selepas 13 bulan pertempuran sengit, walaupun permusuhan Israel di Gaza dijangka berterusan," katanya.