Home Pasaran Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Berikutan Sentimen Serantau Yang Lemah
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Berikutan Sentimen Serantau Yang Lemah

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Berikutan Sentimen Serantau Yang Lemah

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Livevartha) –Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur di tengah-tengah petunjuk yang agak lemah daripada pasaran niaga hadapan getah serantau.

Seorang peniaga memberitahu Livevartha, sentimen pasaran terjejas akibat kebimbangan terhadap pemulihan ekonomi China selepas keyakinan daripada langkah rangsangannya mula pudar selain pengukuhan ringgit berbanding dolar US .

Menurut tinjauan Reuters, ekonomi China diunjurkan berkembang sebanyak 4.8 peratus pada 2024, bagaimanapun iameleset daripada sasaran, dengan pertumbuhan berpotensi semakin perlahan kepada 4.5 peratus menjelang 2025.

Ini memberikan tekanan kepada pembuat dasar untuk mempertimbangkan langkah-langkah rangsangan tambahan.

Bagaimanapun, peniaga itu berkata kerugian selanjutnya telah dihadkan apabila harga minyak mula stabil selepas kerugian semalaman di tengah-tengah pengurangan bekalan getah asli global dan jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) selanjutnya.

Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga SMR 20turun lapan sen kepada 869 sen sekilogram manakala lateks pukal naik setengah sen kepada 756.5 sen sekilogram.

Pada 5petang, SMR 20 berada pada 857.5 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 756 sen sekilogram.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Kebanyakannnya

KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

Oleh Harizah Hanim Mohamed KUALA LUMPUR, 2 Julai(Livevartha) –Ringgit dibukalebih tinggiberbanding dolar...

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) –Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat
Pasaran

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari...