Sunday , 22 December 2024
Home Pasaran Pasaran Getah Ditutup Bercampur-Campur
Pasaran

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-Campur

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-Campur

KUALA LUMPUR, 19 Dis(Livevartha) — Pasaran getah tempatan ditutup bercampur-campur pada Khamis di tengah-tengah aliran menurun di pasaran getah serantau, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran juga dipengaruhi oleh penurunan harga minyak mentah selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengunjurkan penurunankadar faedah yang lebih perlahan pada 2025.

“Harga minyak merosot selepas Fed memberi isyarat ia akan memperlahankan penurunankadar faedahnya, yang berpotensi memberi kesan terhadappermintaan bahan api,” katanya.

Fed menurunkan kadar faedah penanda arasnya kepada julat 4.25 peratus-4.50 peratus dan bank pusat itu membayangkan kemajuan penurunan kadar yang perlahan sehinggaakhir 2025.

Sementara itu, menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM), hargaStandard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) susut 2.5 sen kepada871.0 sen sekilogram, manakala lateks pukal meningkat 2.5 sen kepada716.0 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga SMR 20 berada pada865.0 sen sekilogram, manakala lateks pukal pada719.0 sen sekilogram.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Bursa...

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan
Pasaran

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...

Musim Cuti Dijangka Pengaruhi Pergerakan Ringgit Dalam Julat Kecil Minggu Depan
Pasaran

Musim Cuti Dijangka Pengaruhi Pergerakan Ringgit Dalam Julat Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Ringgit...