Home Pasaran Pasaran Getah Dijangka Meningkat Sedikit Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Meningkat Sedikit Minggu Depan

Pasaran Getah Dijangka Meningkat Sedikit Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 18 Jan(Livevartha) — Pasaran getah dijangka meningkat sedikit minggu depan, dengan permintaan stabil menjelang perayaan Tahun Baharu Cina, kata pakar industriDennis Low.

Beliau berkata Jabatan Meteorologi Thailand telah memberi amaran bahawa monsun timur laut yang melanda Teluk Thailand dan Selatan Laut Andaman akan bertambah kuat pada hujung minggu ini, membawa hujan lebat ke kawasan selatan Thailand.

“Ini boleh menyebabkan banjir kilat dan hujan lebat yang berterusan. Hujan yang berterusan ini akan menyebabkan bekalan tidak mencukupi serta harga barangan naik dan permintaan meningkat,” katanya kepada Livevartha.

Harga minyak yang tidak menentu dan dolar AS juga dijangka memberi impak kepada harga dan permintaan.

Ketidakstabilan yang ketara ini mencerminkan ketidaktentuan dan boleh mewujudkan langkah berhati-hati dan kebimbangan pada masa yang sama.

“Oleh itu, kita mungkin menyaksikan pendekatan yang lebih berhati-hati dalam perdagangan komoditi ini,” katanya.

Menurut PersatuanPengeluarSarung Tangan Getah Malaysia(MARGMA), pasaran getah dijangka tidak menentu minggu depan disebabkan ketegangan perdagangan yang meningkat antara Amerika Syarikat (AS) dan China, dengan kemungkinan ancaman perang perdagangan baharu.

Katanya Bank Dunia turut memberi amaran bahawa tarif ASboleh mengurangkan unjuran pertumbuhan global.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...