Home Pasaran Pasaran Getah Dijangka Lengang Minggu Berikutan Ketidaktentuan Ekonomi Global
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Lengang Minggu Berikutan Ketidaktentuan Ekonomi Global

Pasaran Getah Dijangka Lengang Minggu Berikutan Ketidaktentuan Ekonomi Global

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Livevartha) –Pasaran getah Malaysia dijangka kekal lengang minggu depan berikutan ketidaktentuan ekonomi global susulan penangguhan tarif Amerika Syarikat (AS) selama 90 hari.

Pakar industri, Denis Low berkata sikap AS dilihat sukar membuat keputusan muktamad telah mengangguperdagangan global dan pasaran kewangan,menyebabkan peniaga pasaran bersikap berhati-hati.

“Sentimen semasa akan menjejaskan permintaan bagi kebanyakan komoditi termasuk getah.

“Sebarang urus niaga kebanyakannya adalah berdasarkan kontrak yang telah termeteraidan ia hanya sebagai pengisian semula stok sahaja,” katanya kepada Livevartha.

Sehubungan itu, Low menjangkakan pasaran getah kekal lengang, diniagakan tidak berubah, cenderung menurun.

"Kadar pertukaran mata wang tidak menentu dan dengan perubahan yang begitu besar setiap hari, perniagaan berada dalam dilema,sama ada untuk melindung nilai atau biar ia diapungkan secara bebas dalam pasaran…harus diingat terdapatkos apabila melindung nilai," katanya.

Sementara itu, Low berkata Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran untuk ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa bahagian di Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Beliau berkata selain itu, Jabatan Meteorologi Thailand (TMD) turut meramalkan hujan petir di seluruh Thailand danhujan lebat mungkinberlaku di wilayah timur laut, Ttimur dan selatan (pantai barat) negara itu.

Related Articles

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Dijangka Diniagakan Pada Paras RM4.22-RM4.23 Berbanding Dolar US Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) –Ringgitmungkin diniagakan sekitar...

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Diunjur Diniagakan Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 7 Jun(Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Data Ekonomi AS Lembap
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Data Ekonomi AS Lembap

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 6 Jun (Livevartha)...

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Diasak Aktiviti Pengambilan Untung
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Diasak Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Livevartha) — Bursa Malaysia ditutup rendah pada tengah...