Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 22 Mac (Livevartha) –Pasaran getah Malaysia dijangka akan diniagakansecara mendatar dengan kecenderungan sedikit menurun pada minggu depan, memandangkan pelbagai industri masih berhati-hati dengan dasar tarif Donald Trump, kata pakar industri Denis Low.
Memandangkan suasana ketidakpastian yang sedang berlaku dalam pasaran, komoditi berkemungkinan akan terjejas dengan ketara, kata beliau.
“Akibat ketidaktentuan ini, peniaga dan industri berkemungkinan mengambil pendirian untuk menyimpan sebarang komoditi yang sensitif terhadap harga pasaran, termasuk getah,” kata Low kepada Livevartha.
Beliau juga berkata berikutan musim daun pokok getah luruh yang sedang berlangsung ketika inisebarang penurunan dalam permintaan akan diimbangi oleh pengurangan dalam pengeluaran.
Sementara itu, Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) berkata pasaran getah mungkin melihat beberapa trend positif minggu depan disokong oleh langkah rangsangan China dan jangkaan kenaikan harga minyak.
Ia bagaimanapun berkata konflik peperangan yang berlaku di Timur Tengahmungkin boleh menjejaskan prospek pasaran dan perdagangan global secara negatif.
“Harga berkemungkinan akan dipengaruhioleh keputusan berkaitan tarif Amerika Syarikat yang dijangka pada 2 April, memandangkan pasaran semakin tidak pasti tentang inflasi dan pertumbuhan ekonomi.
“Ia akan terus mengikuti prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau, kekuatan ringgit berbanding dolar AS, dan harga minyak mentah penanda aras di tengah kebimbangan terhadap bekalan getah asli pada permulaan musim daun getah luruh dan musim hujan,” kata MARGMA.