Home Pasaran Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Meningkat Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Meningkat Minggu Depan

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Meningkat Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Livevartha) — Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka menyaksikan dagangan lebih tinggi pada minggu depan, didorong oleh penyusutan hasil tuaian akibat faktor hujan lebat berterusan di negara-negara pengeluar utama, kata pakar industri Denis Low.

Beliau berkata bahagian utara Semenanjung Malaysia dan Thailand sedang mengalami keadaan cuaca luar biasa yang menyebabkan Jabatan Meteorologi Thailand mengeluarkan amaran hujan lebat dan menggesa penduduk membuat persediaan menghadapi banjir kilat.

“Permintaan juga berbeza. Pengeluaran getah di China dan India misalnya tidak dapat menampung permintaan tempatan, ditambah dengan keadaan cuaca tidak menentu yang turut memberi tekanan kepada negara pengeluar getah lain.

"Oleh itu, mungkin ada aktiviti penambahan stok simpanan lebih ketara yang mungkin membawa kepada peningkatan permintaan pada minggu-minggu akan datang," katanya kepada Livevartha.

Dalam pada itu, Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) berkata pasaran getah dijangka terus dipengaruhi oleh pergerakan pasaran serantau.

Ketika peningkatan harga berkemungkinan disokong oleh faktor seperti bekalan terhad dan petunjuk ekonomi yang positif, MARGMA berkatapasaran masih terdedah kepada keadaan yang tidak menentu.

“Kami turut memberi perhatian kepada keadaan cuaca serta bekalan daripada negara pengeluar utama.

“Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat akan menjadikan getah Malaysia kurang kompetitif dipasaran global.

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...