Saturday , 7 December 2024
Home Pasaran Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Dalam Julat Kecil Minggu Depan
Pasaran

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Dalam Julat Kecil Minggu Depan

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Dalam Julat Kecil Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 2 Nov(Livevartha) –Pasaran getah tempatan dijangka menyaksikan dagangan dalam julat kecil pada minggu depan, di tengah-tengah aktiviti menambah stok simpanan mengimbangi harga, permintaan suram serta sentimen yang tidak menentu.

Pakar industriDenis Low berkata di sebalik persekitarankekurangan bekalan dan faktor hujan di beberapa kawasan pengeluar getah, harga getah pada minggu lepas menunjukkan berlakunya aktiviti menambah stok simpanan yang rendah selain minat yang terbatas bagi pembeliangetah.

“Peniaga dan pengguna juga berhati-hati mengenai Monsun Timur Laut yang dijangka berlaku pada November hingga Januari 2025.

“Sekiranya kita mengambil maklum mengenai corak perubahan iklim semasa, (jangkaan) apa yang berlaku akibat cuaca itupastimembimbangkan," katanya kepada Livevartha.

Low berkata kekurangan permintaan dan harga tidak stabil itu disebabkan terutamanya olehketidaktentuan risiko geopolitik serta kadar pertukaran mata wang.

Keadaan yang tidak menentu itu berkemungkinan menjejaskan harga minyak dan gas, melonjakkan harga komoditi tertentu yang melangkaui jangkaan awal, katanya.

“Walaupun dolar Amerika Syarikat (AS) kekal tidak menentu di tengah-tengah usaha mengurangkan kebergantungan terhadap mata wang negara itu, penggunaannya bagi jangka panjang dianggap lebihstabil berbanding mata wang lain,” katanya.

Sementara itu, Pertubuhan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) menjangkakan harga pasaran getah tempatan akan terus menjejaki pasaran niaga hadapan komoditi itu serta pergerakannya yang hanya mengekalkan prospek bercampur-campur.

Related Articles

Pasaran

CPO LIKELY TO TRADE WITH UPWARD BIAS NEXT WEEK

KUALA LUMPUR, Dec 7 (Livevartha) — The crude palm oil (CPO) futures...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengambilan Untung
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Pengambilan Untung

David Ng Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 6 Dis (Livevartha)...

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Sedikit Ketika Wall Street Lemah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Sedikit Ketika Wall Street Lemah

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Livevartha) — Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan...

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Mendatar Dan Rendah
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Mendatar Dan Rendah

KUALA LUMPUR, 6 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga hadapanFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM...