Home Pasaran Pasaran COMEX Lemah, Aktiviti Ambil Untung Heret Turun Niaga Hadapan Emas
Pasaran

Pasaran COMEX Lemah, Aktiviti Ambil Untung Heret Turun Niaga Hadapan Emas

Pasaran COMEX Lemah, Aktiviti Ambil Untung Heret Turun Niaga Hadapan Emas

KUALA LUMPUR, 4 Sept(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan emas diBursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu susulan aktiviti pengambilan untung serta kelemahan pasaran emasBursa Komoditi New York (COMEX), Amerika Syarikat.

Pada penutup dagangan, kontrak bulansemasaSeptember 2024 menguncup kepada US$2,493.50 setiap auns troy daripada US$2,523.70 setiap auns troy, semalam.

Selain itu, kontrak Oktober 2024, November 2024, Disember 2024, Februari2025 dan April 2025 kesemuanya ditutup lebih rendah pada US$2,495.80 setiap auns troy daripada US$2,526.00 setiap auns troy, sebelum ini.

Jumlah dagangan melonjak kepada 30 lot berbanding lapan lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka turut meningkat ketara kepada62 kontrak daripada 36 kontrak, sebelum ini.

Harga emas fizikal pula beradapadaUS$2,479.80 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 3 Sept, 2024.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Tidak Berubah Menjelang Pengumuman Data Utama MPOB

Gambar fail Oleh K. Naveen Prabu KUALA LUMPUR, 5 Julai (Livevartha) —...

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 4...

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari
Pasaran

Prestasi Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Julai(Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Pengurangan Kadar AS

Gambar Fail Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 3 Julai (Livevartha)...