Sunday , 22 December 2024
Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Teruskan Peningkatan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Teruskan Peningkatan

Niaga Hadapan MSM Teruskan Peningkatan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi untuk hari ketujuh berturut-turut pada Khamis, didorong oleh prestasi eksport yang lebih kukuh dan pengeluaran MSM yang menyusut, kata peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata trend meningkat itu turut didorong oleh stok minyak sawit yang lebih rendah di Indonesia.

"Kami mengesan paras sokongan pada RM4,050 dan rintangan pada RM4,180," katanya kepada Livevartha.

Pada penutupan dagangan, kontrak bulan semerta Oktober 2024 menokok RM110 kepada RM4,235 satu tan, November 2024 meningkat RM112 kepada RM4,189 satu tan manakala penanda aras Disember 2024 naik RM109 kepada RM4,152 satu tan.

Kontrak Januari 2025 meningkat RM110 kepada RM4,118 satu tan, Februari 2025 menambah RM107 kepada RM4,084 satu tan dan Mac 2025 naik RM103 kepada RM4,050 satu tan.

Jumlah dagangan susut kepada 84,940 lot daripada 91,983 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 258,553 kontrak daripada 258,665 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Oktober Selatan menokok RM150 kepada RM4,250 satu tan.

— Livevartha

Related Articles

Niaga Hadapan MSM Teruskan Peningkatan
Pasaran

Pasaran MSM Dijangka Alami Sentimen Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Pasaran...

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Tidak Berubah Minggu Depan Berikutan Musim Perayaan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis (Livevartha) — Bursa...

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan
Pasaran

Dagangan Niaga Hadapan Emas Dijangka Kecil Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Stabil Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 Dis(Livevartha) — Kontrak niaga...