Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Terus Meningkat Dipacu Pasaran Minyak Sayur Yang Lebih Kukuh Di China
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Terus Meningkat Dipacu Pasaran Minyak Sayur Yang Lebih Kukuh Di China

Niaga Hadapan MSM Terus Meningkat Dipacu Pasaran Minyak Sayur Yang Lebih Kukuh Di China

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah(MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi susulankadar pengeluaran yang perlahan dalam beberapa mingguakan datang, kata peniaga minyak sawitDavid Ng.

Namun, beliau berkata pergerakan kenaikan harga sedang terhalang oleh permintaan yang semakin lemahdaripada negara pengimport utamaseperti India dan China.

"Kami melihat paras sokongan pada RM4,150 satu tan dan paras rintangan pada RM4,300 satu tan," kata Ng kepada Livevartha.

Sementara itu, Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil AnalyticsDr Sathia Varqaberkata niaga hadapan MSMditutup sedikit lebih tinggi apabila peniaga menjadi bimbangmengenai asas eksport yang lebih lemah dan pengambilan keuntungan.

Eksport minyak sawit Malaysia dari 1 hingga 20 Jan,2025, berbanding 1 hingga 20 Dis,2024, menunjukkan penurunan apabila syarikat pemeriksaan Intertek Testing Services (ITS) melaporkaneksport menurun dari 900,004 tan kepada 736,213 taniaitu pengurangan sebanyak 163,791 tan atau penurunan sebanyak 18.20 peratus.

Sementara itu, beliau berkatasyarikat pemeriksaan bebas Amspec Agri Malaysia (Amspec) melaporkan penurunan dari 889,992 tan kepada 685,373 taniaitu pengurangan sebanyak 204,619 tan atau penurunan sebanyak 23.0 peratus.

Pada penutup dagangan, bulan kontrak baharu Februari 2025 naiksebanyak RM29 kepada RM4,470 setiap tanmanakala kontrak Mac 2025 bertambahRM24 kepada RM4,304 setiap tan.

Kontrak April 2025 menokokRM16 kepada RM4,206 setiap tan, kontrak Mei 2025 berkembangRM21 kepada RM4,143 setiap tan, kontrak Jun 2025 meningkatRM24 kepada RM4,112 setiap tandan kontrak Julai 2025 melonjakRM21 kepada RM4,091 setiap tan.

Related Articles

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya...

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) —...